SMKDSA Naib Johan dan Tempat Ke-4 di Kejohanan Boling Tenpin

SMKDSA Muncul Naib Johan dan Tempat Ke-4 di Kejohanan Boling Tenpin
Pelajar Muqri Hadif ting. 2 muncul Naib Johan Lelaki 15, Siti Aishah Ting 3
Tempat ke-4 Perempuan 15. Tahniah
[portfolio_slideshow id=4289]

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Naib Johan dan Tempat Ke-4 di Kejohanan Boling Tenpin

SMKDSA Menang Lagi Kuiz PNB 2017 Peringkat Kebangsaan

Pertandgn CCM INTERSCHOOL SHOWDOWN ALL STAR 2017

Bertempat di Temerloh Pahang…sempena MSAM 2017

Pertandingan mantan2 juara…

Alhmdulillah SMKDSA all star champion

Peserta 30 org
Yg bertanding (2 team) (20 org shj)
Team A n team b. Layak masuk final bersama 10 pasukan lagi mewakili Negeri masing-masing.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang Lagi Kuiz PNB 2017 Peringkat Kebangsaan

Program Sekolahku Duniaku 2017

Alhamdulillah Sekolah Men.Keb.Dato’ Sheikh Ahmad, Arau telah berjaya mengadakan Program Sekolahku Duniaku 2017 pada Hari Khamis, 27 April 2017 yang lalu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Jafperi Bin Othman, ADUN Guar Sanji. Antara aktiviti ialah 1 Murid 1 pokok, Kebitaraan Sains dan Hoki, Pameran MYPIB dan Hari Kantin. Juga di adakan Demonstrasi Memadam kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pameran dari Unimap, Polis dan AADK Perlis.

Berikut adalah antara gambar – gambar sekitar program berkenaan.
[portfolio_slideshow id=4206].

Posted in Uncategorized | Comments Off on Program Sekolahku Duniaku 2017

Cikgu Sharudin Mohamad Bersara Setelah Lebih 39 Tahun Menabur Bakti

Setelah 39 tahun 1 bulan 13 hari menabur bakti dalam bidang perguruan, Cikgu Shahrudin Mohamad,60, mengucapkan selamat tinggal kepada bidang yang amat dicintainya itu apabila melangkah ke alam persaraan.
Turut hadir menyaksikan majlis persaraan beliau ialah Tuan Pengetua, En Shaharim Saad, Barisan Exco sekolah, Guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Cikgu Sharudin dalam ucapannya sempat berpesan kepada anak muridnya supaya meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu walaupun beliau tiada di sisi.
Cikgu Shahrudin yang memulakan tugasnya sebagai guru Kemahiran Hidup mulai tahun 1978 di Langkawi, Kedah dan bertukar ke sekolah ini lebih 25 tahun yang lalu.

[portfolio_slideshow id=4140]

Posted in Uncategorized | Comments Off on Cikgu Sharudin Mohamad Bersara Setelah Lebih 39 Tahun Menabur Bakti

Majlis Persaraan Cikgu Baharudin Bin Ibrahim, PK HEM

Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun diganti sebagai ucapan dari kami.

Letih berjalan di tengah pekan,

Singgah sebentar di gerai siti,

Terima kasih kami ucapkan,

Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,

Kerana kalian selalu membantu,

Jasa dan bakti jadi taruhan,

Akan dikenang setiap waktu.

Pisang emas bawa belayar,

Masak sebiji diatas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Pucuk pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walaupun jauh berbatu-batu,

Hilang di mata, di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Jika ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Tuan puteri pergi ke Rasah

Pulang semula sebelah pagi

Kita bertemu akhirnya berpisah

Diizin Tuhan bersua lagi

[portfolio_slideshow id=4102]

Posted in Uncategorized | Comments Off on Majlis Persaraan Cikgu Baharudin Bin Ibrahim, PK HEM

Majlis Penetapan Target PT3 dan SPM 2017

Pada 17 Mac lalu telah diadakan Majlis Penetapan Target bagi PT3 dan SPM di Dewan Dato’ Wan Ahmad, SMKDSA. Ibu bapa telah bersama-sama hadir dalam merangka dan menetapkan target bagi peperiksaan yang akan dihadapi oleh anak-anak mereka.Majlis disempurnakan oleh Puan Nor Shahida Son Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran SMKDSA.Beliau dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir dalam majlis ini. Semoga keprihatinan semua dalam perkembangan akademik anak-anak akan dapat membantu mereka untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam PT3 ataupun SPM nanti.
[portfolio_slideshow id=4085]

Posted in Uncategorized | Comments Off on Majlis Penetapan Target PT3 dan SPM 2017

Keputusan SPM 2016 Meningkat

Keputusan yang diumumkan oleh En Shaharim Saad ,Tuan Pengetua itu menunjukkan peningkatan 0.1 peratus dari tahun lepas. Pelajar yang Cemerlang ialah
ONG JOO HOM beliau telah mendapat semua A (5[A+], 4[A], 1[A-].
KHOR JIA SEN 2A+, 5A, 2A-,1B+
LIM CHUN HOU 1A+,3A,5A-,1B
UMMI ATHIRAH BINTI CHE OMAR 7A,1A-,1B+
MUHAMMAD SYAHMI HANIF BIN JISMI 3A+,3A,2A-
HAFIQ IMANI BIN HASMAN 5A,3A-,1G
NUR ATHIRAH BINTI SHAIFUL ANNUAR 1A+,5A,2A-,1C
NUR FASIHAH BINTI DZULKIFLI 6A,2A-,1C

[portfolio_slideshow id=4060]

Posted in Uncategorized | Comments Off on Keputusan SPM 2016 Meningkat

Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-44 Meriah

Kejohanan Balapan dan Padang SMKDSA berlangsung secara sedehana tetapi meriah.Juara keseluruhan disandang oleh rumah Kinabalu.MUHAMMAD AFIQ BIN MUHAMMAD IDRIS dari rumah Santubong dinobatkan sebagai olahragawan Lelaki dan ALIYA SOFEA dari rumah Kinabalu sebagai Olahragawati . Di bawah ini statistik perolehan pingat rumah-rumah yang terlibat. SMKDSA KE44
[portfolio_slideshow id=4009]

Posted in Uncategorized | Comments Off on Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-44 Meriah

Lawatan Kerja MYPIB, oleh Pengarah Pelajaran Perlis

Lawatan Kerja MYPIB, oleh Tn Hj Izmi bin Hj Ismail, Pengarah Pelajaran Perlis berlangsung pada 21 February yang lalu. Majlis di adakan di Bilik Bicara Cemerlang dengan penuh mesra dan santai . Beliau berharap para guru dapat berkerjasama dalam satu pasukan serta mengucapkan penghargaan diatas pengorbanan para guru dalam menjayakan MYPIB. Turut hadir Ketua Sektor Sekolah, Ketua Unit Menengah dan Ketua unit Bahasa Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Majlis berakhir pukul 4.00 petang dengan upacara mengambil gambar dengan pihak pengurusan sekolah SMKDSA.
[portfolio_slideshow id=3998].

Posted in Uncategorized | Comments Off on Lawatan Kerja MYPIB, oleh Pengarah Pelajaran Perlis

SMKDSA Menang 1 Emas, 2 Perak Badminton MSSPs

SMKDSA Menang 1 Emas, 2 Perak di Kejohanan Badminton MSSPs yang berakhir pada 20 Februari yang lalu. Pingat-pingat tersebut disumbangkan oleh pemain-pemain berikut, JOHAN BEREGU LELAKI 15 THN, 1. THOW REN QIN 2. THOW REN SHAN , NAIB JOHAN BEREGU LELAKI 15 THN ,1. JAMEY ONG TENG ZHONG 2. LAI JIA QING ,NAIB JOHAN PERSEORANGAN LELAKI 15 THN 1. LAI JIA QING ,TEMPAT KETIGA PERSEORANGAN LELAKI ,1. THOW REN QIN
LAYAK KE SUKU AKHIR ,BEREGU CAMPURAN ,1. MOHD AIDIL AFNAN B. ALIAS, 2. THOW REN NING ,PERSEORANGAN PEREMPUAN 15 THN ,1.NURZAFIRATUL AMANI BT GHAZALI ,BEREGU PEREMPUAN 15 THN ,1.NURAININ SOFIYA BT NORISHAM 2. VENICE YEONG MAY JOE

[portfolio_slideshow id=3985]

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang 1 Emas, 2 Perak Badminton MSSPs