Selamat Bersara Pn Hjh Norazah bt Hassan.

Beliau mula berkhidmat di SMKDSA pada tahun 2003 sehingga bersara pada tahun 2018. Jawatan terakhir Pn Hjh Norazah bt Hassan ialah Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
Selamat Bersara Pn Hjh Norazah bt Hassan.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Selamat Bersara Pn Hjh Norazah bt Hassan.

Program Perkampungan Ilmu SPM 2018


Program Perkampungan Ilmu SPM telah berlangsung dari 9-11 ogos 2018 bertempat di Hotel Putra Brasmana,Kuala Perlis. Program tersebut melibatkan seramai 126 pelajar tingkatan 5 dan pelajar2 telah didedahkan dengan teknik2 menjawab kertas peperiksaan bagi semua subjek Objektif sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan percubaan spm yang akan berlangsung mulai 13 ogos 2018. Tahniah semoga berjaya.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Program Perkampungan Ilmu SPM 2018

SMKDSA Menang “Pingat Emas + Hadiah Utama” ke Taiwan di Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium Perlis 4.0 2018

25 Julai 2018- Pelajar SMKDSA telah Menang “Pingat Emas dan hadiah utama di Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium Perlis 4.0 @ UniMAP 2018. Pasukan SMKDSA telah memenangi 1 pingat emas dan ( grand prize) ke Kaohsiung Taiwan telah dimenangi oleh produk EM converter , selain 1 pingat gangsa,2 pingat perak. Pelajar yang berjaya menang hadiah utama itu ialah seperti dibawah.

Sekolah ini telah menghantar 4 kumpulan dengan 4 produk yang dan kesemua produk-produk tersebut telah memenangi pingat didalam pertandingan tersebut.

Bagi pingat gangsa telah dimenangi oleh produk Cooler Heat Powered System (CHP-S) yang dihasilkan oleh

  1. Syed Amirul Haziq Bin Syed Mohd Abid – 2 Jujur
  2. Kuhanraj A/L Saravanan – 2 Jujur
  3. Muhammad Amar bin M. Anuar – 2 Jujur
  4. Wan Adam Iskandar Bin Wan Abdul Aziz – 2 Bestari

Pemenang bagi pingat perak ialah produk NT-SEP yang telah dibangunkan oleh

  1. Muhammad Qais Naufal Bin Muhammad Faisal – 2 Bestari
  2. Muhammad Akmal Bin Muhammad Noor – 2 Dedikasi
  3. Aniq Naim Bin aziz – 2 Jujur
  4. Muhammad Danial Syafiq Bin Azami – 2 Bestari
  5. Muhammad Zahwan Bin Zahuren – 2 Arif

Pemenang pingat perak seterusnya ialah produk Fysikos Paper yang dihasilkan oleh

  1. Muhammad Afnan Nazmy Bin Hailmy – 5 Sains 1
  2. Nur Anis Shahirah Binti Muhd Shukri – 5 Sains 1
  3. Aifaa Nadhirah Binti Amir Wardi – 5 Sains 1
  4. Nurul Aini Atikah Binti Zulhaimi – 5 sains 1

Pemenang bagi pingat emas ialah produk EM-Converter yang dihasilkan oleh

  1. Haikal Bin Azhar – 5 Sains 1
  2. Muhammad Iffat Asyraaf Bin Arizan – 5 Sains 1 (tidak berada di sekolah kerana mewakili negeri Perlis didalam pertandingan bahas Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di negeri Selangor)
  3. Nurirfan Bin Nor Khaizam Shabadi – 5 Sains 1
  4. Nur Farah Adilla Binti Jaafar – 5 sains 2

Majlis Dirasmikan oleh DYTM RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil  yang diadakan di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Pauh Putra. Tahniah kepada pelajar dan guru yang terlibat.

Artikel Penuh diutusan online: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inovasi-serta-kreativiti-pemangkin-ke-arah-negara-maju-raja-muda-perlis-1.716486#ixzz5MQ3b4LjY

Juga boleh lihat di RTM1 dilink https://youtu.be/UcJeQ4dnpCQ

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang “Pingat Emas + Hadiah Utama” ke Taiwan di Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium Perlis 4.0 2018

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat SMKDSA Sangat Meriah

 

29 Jun 2018 Bersamaan 15 Syawwal 1439: Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, Arau sungguh meriah di mana pelajar-pelajar berpeluang menggayakan pakaian hari raya masing-masing. Pelbagai jenis makanan terhidang dan sedia dimakan oleh semua guru, staf, pekerja dan pelajar-pelajar SMKDSA seperti lemang, ketupat, kuih-muih, bihun, mee, kek, spagetti, kerepek, rojak dan sebagainya.

Seperti lazimnya sambutan Hari Raya sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMKDSA yang seakan-akan tak sabar-sabar untuk bersama berkongsi rasa ria dan menzahirkan kesyukuran.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat SMKDSA Sangat Meriah

Majlis Anugerah Kecemerlangan kali 44 2018

 

ARAU 26 April – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat merasmikan ‘Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad kali ke-44, 2018 baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengetuanya, Shaharim Saad serta para pegawai kanan sekolah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra seterusnya bertitah, tanggungjawab pendidikan tidak akan sempurna jika sepenuhnya diletakkan pada pihak pihak sekolah atau guru semata-mata.

“Maka sebab itu, ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pelbagai institusi lain juga seharusnya secara bersama menggalas tanggungjawab mewujudkan modal insan agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan sejagat,” titah baginda.

Antara para penerima anugerah-anugerah utama sekolah kali itu ialah Nur Hazwani Hasnan yang menerima Anugerah Khas Yayasan Tuanku Syed Putra dan diikuti Muhammad Iffat Asyraaf Arizan (Anugerah Datuk Wan Ahmad).

Turut menerimanya ialah Anas Abdullah (Anugerah Pelajar Harapan) dan Haikal Azhar (Anugerah Tokoh Kokurikulum).

Selain daripada itu, turut menerima anugerah cemerlang bagi peperiksaan 2017 ialah empat orang pelajar yang mendapat 10A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 33 orang pelajar yang memperolehi enam hingga 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta sembilan orang pelajar dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.58-3.92 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Posted in Uncategorized | Comments Off on Majlis Anugerah Kecemerlangan kali 44 2018

Tan Sri Dato’ Radzi Sheikh Ahmad Rasmi Majlis Anugerah Kecemerlangan Peringkat Dalaman 2018

25 April – Buat pertama kalinya Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad mantan Menteri Dalam Negeri  sudi menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMKDSA peringkat dalaman baru-baru ini. Semasa menjawat jawatan Menteri beberapa tahun lalu beliau cuma hadir utk merasmikan Pusat Sumber Sekolah PSS atas nama beliau.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Tan Sri Dato’ Radzi Sheikh Ahmad Rasmi Majlis Anugerah Kecemerlangan Peringkat Dalaman 2018

SMKDSA Menang Bergaya Di i-Envex 2018

Pada 13 April -15 April 2018 iaitu hari Jumaat sehingga Ahad yang lepas telah berlangsung The International Engineering Invention Innovation Exhibition  atau lebih dikenali sebagai I-Envex 2018 bertempat di Kampus Utama Unimap Ulu Pauh, Perlis. Seramai 3 pasukan yang terdiri daripada 13 orang pelajar SMKDSA telah menyertai pertandingan ini dan ketiga-tiga pasukan telah berjaya merangkul pingat gangsa, perak dan emas dengan produk mereka yang berasaskan Teknologi Hijau seiring dengan tema Bulan Sains dan Matematik iaitu “Exploring and Sustaining the green technology”.

Bagi Pingat Gangsa dimenangi oleh produk Fysikos Tissue yang dihasilkan oleh Muhammad afnan Nazmy Bin Hailmy  5 Sains 1,Ammar Zafran Bin Shahabudin 5 Sains 2, Muhammad Asrul Amri Bin Isa 5 Akaun 1,Nur Anis Shahira Binti Mohd Shukri 5 Sains 1

Pemenang Bagi pingat Perak pula ialah produk natural antiseptic yang dihasilkan oleh

Muhammad Qais Naufal Bin Muhammad Faisal 2 Bestari, Muhammad Akmal Bin Mohammad Noor 2 Dedikasi, Aniq Naim Bin Aziz 2 Jujur, Muhammad Danial Shafiq Bin Azami 2 Bestari

Pemenang bagi pingat emas ialah produk EM-Converter  yang dihasilkan oleh Haikal Bin Azhar 5 Sains 1,Muhammad Iffat Asyraaf Bin Arizan 5 Sains 1, Nurirfan Bin Nur Khaizam Shabadi 5 Sains 1, Nur Farah Adilla Binti Jaafar 5 Sains 2

Yang terakhir ialah anugerah “WIIPA Innovative Teacher Award” yang diberikan oleh persatuan inovasi dunia iaitu “ World Innovation Intellectual Property Associations  dan Malaysian Research & innovation Society  iaitu MYRIS bagi mengiktiraf guru, iaitu Encik Mohd Faizal bin Zainul melalui pencapaian beliau iaitu sebanyak 26 anugerah dengan 14 pingat emas, 7 perak, 2 gangsa dan 3 best awards di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Tahniah diucapkan.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang Bergaya Di i-Envex 2018

Program Bicara Bersama Perwira 2018

 

Program Kenegaraan ini merupakan salah satu hasrat DYMM Tuanku Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed  Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis yang dilaksanakan di sekolah berasrama yang terpilih. Pelajar perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekal pembangunan dan perpaduan negara. Pendedahan awal kepada pelajar semangat patriotisme melalui beberapa kaedah, strategi, cara,dan teknik mampu untuk mewujudkan pelajar yang bertanggungjawab,cintakan tanah air dan memiliki jatidiri serta sahsiah yang unggul.  Aktiviti dalam projek kali ini merupakan sebahagian model yang dapat membantu menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar khasnya dan sekolah amnya. Langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan.

Penceramah yang sudi menyampaikan ceramah pada hari itu ialah Mej Muhammad Tajuki bin Jusoh dan Mej Azlifaisal bin Anuar. Program ini juga anjuran bersama Institut Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia. Turut hadir di majlis tersebuat ialah Brigedier Jeneral Dr A Endry Nixon, Komandan INSPEKA ,  Prof Madya Dr Yusniza bt.Kamarulzaman, Timb dekan fakulti perniagaan dan perakaunan .Universiti Malaya, Encik Shaharim Saad , Pengetua SMKDSA dan guru-guru SMKDSA.

 

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Program Bicara Bersama Perwira 2018

5 pelajar dapat semua A dalam Keputusan SPM 2017

5 orang pelajar SMKDSA berjaya mendapat semua A dalam Keputusan SPM 2017. Walaupun terdapat sedikit penurunan, secara keseluruhan kebanyakan subjek menunjukkan peningkatan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon dan guru-guru yang telah menunjukkan komitmen yang sangat cemerlang untuk tahun 2017. Jatuh bangun adalah adat untuk kita terus berusaha menjadi yang lebih baik.   

Posted in Uncategorized | Comments Off on 5 pelajar dapat semua A dalam Keputusan SPM 2017

Titian Kasih Mega 2018

13 Mac 2018

Tingkatkan komunikasi merentasi budaya – Raja Muda Perlis

Laporan Utusan online  http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tingkatkan-komunikasi-merentasi-budaya-raja-muda-perlis-1.626733

Posted in Uncategorized | Comments Off on Titian Kasih Mega 2018