GRED PENCAPAIAN DAN DISKRIPTOR PELAJAR
PENTAKSIRAN
Setiap kumpulan subjek MYP mengandungi empat Objectives. Dalam satu-satu Unit Plan pembelajaran mengandungi sekurang-kurangnya dua Objectives. Manakala setiap Objectives pula mesti dilibatkan sekurang-kurangnya dua kali setahun tetapi keempat-empat Objectives ini mesti dicakup dalam satu tahun kalendar pembelajaran.
Setiap Unit Plan pembelajaran akan diakhiri dengan sekurang-kurangnya satu Penilaian Sumatif. Penilaian Sumatif tersebut akan menguji keberkesanan dua Objectives yang telah ditetapkan di awal Unit Plan pembelajaran tersebut. Dengan menggunakan panduan atau Criterion yang telah ditetapkan, guru akan menilai hasil kerja murid secara teliti dan sewajarnya. Proses ini akan berulang bagi tiap Unit Plan pembelajaran yang lain sepanjang tahun kalendar pembelajaran.
Setelah semua Objectives diuji di akhir tahun pembelajaran, satu penilaian menyeluruh akan dikeluarkan mengikut ketetapan yang telah ditentukan. Skor penuh bagi satu Objectives ialah 8 dan skor penuh bagi keempat-empat Objectives ialah 32. Keempat-empat skor Objectives tersebut akan dijumlahkan dan dikategorikan mengikut kumpulan pencapaian.
Sebelum sesi pembelajaran berakhir Kad Laporan (Reporting) bagi setiap kumpulan subjek MYP akan dikeluarkan menjelaskan tentang pencapaian dan kedudukan pelajar mengikut ciri-ciri penilaian MYP. Kad ini akan dihantar kepada ibu bapa/penjaga pelajar supaya mereka maklum tentang kedudukan anak/jagaan mereka dalam pembelajaran di SMKDSA. Penyertaan ibu bapa/penjaga amatlah penting dalam memastikan pembelajaran anak/jagaan mereka kekal langsung, memberi cabaran, berdaya saing, inovatif dan kreatif dalam menghadapi cabaran-cabaran alaf ke-21.