Perutusan Tuan Pengetua

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh, Selamat Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Transformasi.
Alhamdulillah, Segala Puji hanya untuk Allah,Selawat dan Salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W seterusnya para sahabat,para tabi’en dan tabi’-tabi’en.
Bersyukur kehadrat Allah Taala pada tahun 2024 kita bertemu kembali untuk meneruskan tugas yang telah di amanahkan kepada kita sebagai warga pendidik untuk mendidik anak bangsa agar hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PPPM 2013-2025) untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan berteraskan lima aspirasi sistem pendidikan iaitu akses,kualiti,ekuiti, perpaduan dan kecekapan, disamping berusaha supaya enam aspirasi murid iaitu melahirkan murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa , beretika dan kerohanian serta identiti nasional dapat direalisasikan.
Menjadi cabaran besar kepada warga pendidik khususnya warga pendidik SMK Dato’ Sheikh Ahmad untuk merealisasikan PPPM terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan kemenjadian murid. Hasrat ini akan tercapai jika sekiranya kita bersedia mentransformasi budaya kerja kita. Ini bererti kita kena bersedia untuk berubah dari budaya kita biasa kepada luar biasa iaitu dengan menyahut budaya kerja cemerlang. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha menjalankan kerja dengan penuh amanah dan bertanggungjawab, dedikasi, menepati masa, saling berkerjasama secara sepasukan, berusaha melakukan kerja yang terbaik, ikhlas mendidik dan membimbing pelajar, sabar dalam tindakan, tidak mementingkan diri sendiri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanah kepada kita.
Pada tahun ni, Saya menyeru setiap warga pendidik dan kumpulan pelaksana SMK Dato’ Sheikh Ahmad merancang dan menilai kembali kerja-kerja kita sepanjang tahun lalu dengan melihat kekuatan dan kelemahan. Perancangan kita mestilah berlandaskan PPPM dan berusaha menterjemahkan pelaksanaanya berasaskan enam aspirasi murid. Insyaallah akan lahirlah kemenjadian murid seterusnya hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang Akademik, sahsiah diri dan kokurikulum demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat akan menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(HJH. ADILAH BINTI MUHAMMAD NOR )
Pengetua,
SMK Dato’ Sheikh Ahmad, 02600 Arau, Perlis