SMKDSA Menang Bergaya Di i-Envex 2018

Pada 13 April -15 April 2018 iaitu hari Jumaat sehingga Ahad yang lepas telah berlangsung The International Engineering Invention Innovation Exhibition  atau lebih dikenali sebagai I-Envex 2018 bertempat di Kampus Utama Unimap Ulu Pauh, Perlis. Seramai 3 pasukan yang terdiri daripada 13 orang pelajar SMKDSA telah menyertai pertandingan ini dan ketiga-tiga pasukan telah berjaya merangkul pingat gangsa, perak dan emas dengan produk mereka yang berasaskan Teknologi Hijau seiring dengan tema Bulan Sains dan Matematik iaitu “Exploring and Sustaining the green technology”.

Bagi Pingat Gangsa dimenangi oleh produk Fysikos Tissue yang dihasilkan oleh Muhammad afnan Nazmy Bin Hailmy  5 Sains 1,Ammar Zafran Bin Shahabudin 5 Sains 2, Muhammad Asrul Amri Bin Isa 5 Akaun 1,Nur Anis Shahira Binti Mohd Shukri 5 Sains 1

Pemenang Bagi pingat Perak pula ialah produk natural antiseptic yang dihasilkan oleh

Muhammad Qais Naufal Bin Muhammad Faisal 2 Bestari, Muhammad Akmal Bin Mohammad Noor 2 Dedikasi, Aniq Naim Bin Aziz 2 Jujur, Muhammad Danial Shafiq Bin Azami 2 Bestari

Pemenang bagi pingat emas ialah produk EM-Converter  yang dihasilkan oleh Haikal Bin Azhar 5 Sains 1,Muhammad Iffat Asyraaf Bin Arizan 5 Sains 1, Nurirfan Bin Nur Khaizam Shabadi 5 Sains 1, Nur Farah Adilla Binti Jaafar 5 Sains 2

Yang terakhir ialah anugerah “WIIPA Innovative Teacher Award” yang diberikan oleh persatuan inovasi dunia iaitu “ World Innovation Intellectual Property Associations  dan Malaysian Research & innovation Society  iaitu MYRIS bagi mengiktiraf guru, iaitu Encik Mohd Faizal bin Zainul melalui pencapaian beliau iaitu sebanyak 26 anugerah dengan 14 pingat emas, 7 perak, 2 gangsa dan 3 best awards di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Tahniah diucapkan.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang Bergaya Di i-Envex 2018

Program Bicara Bersama Perwira 2018

 

Program Kenegaraan ini merupakan salah satu hasrat DYMM Tuanku Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed  Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis yang dilaksanakan di sekolah berasrama yang terpilih. Pelajar perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekal pembangunan dan perpaduan negara. Pendedahan awal kepada pelajar semangat patriotisme melalui beberapa kaedah, strategi, cara,dan teknik mampu untuk mewujudkan pelajar yang bertanggungjawab,cintakan tanah air dan memiliki jatidiri serta sahsiah yang unggul.  Aktiviti dalam projek kali ini merupakan sebahagian model yang dapat membantu menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar khasnya dan sekolah amnya. Langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan.

Penceramah yang sudi menyampaikan ceramah pada hari itu ialah Mej Muhammad Tajuki bin Jusoh dan Mej Azlifaisal bin Anuar. Program ini juga anjuran bersama Institut Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia. Turut hadir di majlis tersebuat ialah Brigedier Jeneral Dr A Endry Nixon, Komandan INSPEKA ,  Prof Madya Dr Yusniza bt.Kamarulzaman, Timb dekan fakulti perniagaan dan perakaunan .Universiti Malaya, Encik Shaharim Saad , Pengetua SMKDSA dan guru-guru SMKDSA.

 

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Program Bicara Bersama Perwira 2018

5 pelajar dapat semua A dalam Keputusan SPM 2017

5 orang pelajar SMKDSA berjaya mendapat semua A dalam Keputusan SPM 2017. Walaupun terdapat sedikit penurunan, secara keseluruhan kebanyakan subjek menunjukkan peningkatan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon dan guru-guru yang telah menunjukkan komitmen yang sangat cemerlang untuk tahun 2017. Jatuh bangun adalah adat untuk kita terus berusaha menjadi yang lebih baik.   

Posted in Uncategorized | Comments Off on 5 pelajar dapat semua A dalam Keputusan SPM 2017

Titian Kasih Mega 2018

13 Mac 2018

Tingkatkan komunikasi merentasi budaya – Raja Muda Perlis

Laporan Utusan online  http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tingkatkan-komunikasi-merentasi-budaya-raja-muda-perlis-1.626733

Posted in Uncategorized | Comments Off on Titian Kasih Mega 2018

Mesyuarat Agung PIBG ke 45/2018

3 February 2018 (Sabtu); Pada hari ini di adakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45/ 2018. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil Pengarah Pendidikan Negeri Perlis iaitu Pn Siti Hatifah binti Yahya, Ketua Sektor Jaminan dan Kualiti Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Dalam ucapannya beliau menyatakan “Kejayaan sesebuah sekolah tidak mungkin tercapai sekiranya ibu bapa tidak menghulurkan tangan bersama-sama memainkan peranan, terutamanya ketika anak-anak berada di rumah. Tugas dan tanggungjawab yang dimainkan oleh para guru di sekolah perlulah disambung oleh ibu bapa di rumah pula. Ibu bapa sepatutnya meluangkan masa untuk bertanya tentang perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah selain menyediakan kemudahan belajar di rumah.”

Turut hadir ialah  YDP PIBG En Yusof Man dan En Shaharim Saad, Pengetua SMKDSA.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Mesyuarat Agung PIBG ke 45/2018

Kejohanan Merentas Desa SMKDSA 2018

Kejohanan merentas desa telah berjaya berlangsung dengan lancar pada hari Jummat (19 Januari 2018) bermula 7.30 pagi. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di dalam Dewan Dato’ Wan Ahmad oleh PK dan Tuan Pengetua SMKDSA. Tahniah kepada semua yang menjayakan program tersebut.

 

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on Kejohanan Merentas Desa SMKDSA 2018

Minggu Orientasi Tingkatan 4

Satu Program Minggu Orientasi Tingkatan 4, telah diadakan pada 2 hingga 5 januari 2018, Semua pelajar tingkatan 4 /2018 terlibat. Program tersebut telah diadakan di Dewan Seminar Tingkatan 6, SMKDSA.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Minggu Orientasi Tingkatan 4

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

02/01/2018 (Selasa)
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018
a- Perhimpunan rasmi pertama 2018
-Perutusan Pengarah Pendidikan Negeri- oleh Pn Nor Shahida PK1
– Ucapan Pengetua- En Shaharim Saad
b- Program minggu suai kenal tingkatan1 (02 – 05/01/2018) di dewan sekolah
c- Program suai kenal tingkatan 4 di dewan Ting.6

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2018

Hari pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 /2018 telah berjaya berlangsung pada 29/12/2017 yang lau. Selepas pendaftaran pelajar dan waris diberikan taklimat pengurusan sekolah , taklimat tentang MYPIB dan ucapan  dari En Shaharim Saad, Pengetua.SMKDSA. Untuk makluman para pelajar tingkatan 1, mereka akan mengikuti program Orientasi mulai hari Selasa 2.1.2018 hingga 5 .1.2018. Selamat menjadi warga SMKDSA. Tahniah.

 

Posted in Uncategorized | Comments Off on HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2018

SMKDSA Muncul Naib Johan Badminton Junior League 2017

Pasukan Badminton lelaki SMKDSA telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Badminton AirAsia-BAM National Junior League 2017 di Dewan Badminton Kangar pada 9 November lalu..

Peserta yang terlibat ialah Thow Ren Qin, Jamey Ong Teng Zhong, Lai Jia Qing, Gary Ong Teng Zhe, Henry Ong Teng En, Thow Ren Shan,Lim Wei Lek, Wansukthi a/l Bon Kliang dan Haikal Bin Azhar.

Tahniah kepada semua.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Muncul Naib Johan Badminton Junior League 2017