Jamuan Akhir Tahun BKG SMKDSA 2018

Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru SMKDSA telah berjaya berlangsung pada 16 Nov lalu di Menara Alor Setar. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMKDSA En Shai’dan bin Nordin. Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan-makan malah juga menjadi medan terakhir bagi para guru untuk beramah mesra demi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiiti yang dianjurkan sepanjang tahun ini. Selain jamuan yang beranika rasa dan sangat enak juga di adakan cabutan nombor bertuah dan teka kacang juga hadiah kepada guru yang paling setia (tanpa MC dan CRK). Tahniah kepada semua guru SMKDSA 2018. Anda semua memang TERBAIK.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.