Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat SMKDSA telah dirasmikan oleh Encik Shaharim Saad, Pengetua SMKDSA. Program ini anggapnya sangat meriah kerana telah melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 6. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah TN 50..