20 Januari 2017 – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah diberikan oleh Cikgu Annas Sukhairy Abidin (Setiausaha Sukan) kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Beliau telah menerangkan mengenai peraturan serta laluan merentas desa pada kali ini. Acara ini telah disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu Keledang, Kinabalu, Santubung dan juga Titiwangsa.
Sebelum memulakan acara, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Haizal Yahaya bersama pelajar-pelajarnya. Pertandingan merentas desa ini dijalankan mengikut kategori iaitu :
• Kategori (L1)Lelaki bawah 18 (Tingkatan 4 dan 5)
• Kategori (L2)Lelaki bawah 15 (Tingkatan 1, 2 dan 3)
• Kategori (P1)Perempuan bawah 18 (Tingkatan 4 dan 5)
• Kategori (P2)Perempuan bawah 15 (Tingkatan 1 , 2 dan 3)
Semua peserta telah dilepaskan oleh Encik Shaharim Bin Saad, Pengetua SMKDSA. Kejohanan Merentas Desa kali ini turut dibantu oleh barisan polis trafik IPD Arau yang bertindak sebagai pengawal lalu lintas laluan merentas desa. Johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa tahun 2017 berdasarkan pungutan mata telah dimenangi oleh rumah Santubong. Tahniah!
” Majulah Sukan untuk Negara”