Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2016


22 Jan 2016, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad 2016. Acara ini merupakan salah satu acara sukan tahunan di peringkat sekolah dan mewajibkan kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam acara merentas desa ini. Dan seperti yang dijangkakan memang semua peserta sangat bersemangat sekali.
Acara dimulakan pada jam 7.45 pagi dengan taklimat diberikan oleh guru setiausaha sukan sekolah yang bertugas kepada semua peserta merentas desa. Sedang taklimat diberikan kepada peserta, guru-guru yang lain bergerak ke checkpoint masingĀ² untuk mengawal larian peserta nanti.

Peserta lelaki akan melakukan larian sejauh 7Km manakala peserta perempuan pula akan melakukan larian sejauh 5Km sahaja. Peserta lelaki dan perempuan dipisahkan mengikut jalan yang berasingan kerana perbezaan jarak yang mereka terpaksa lalui.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.