Pada 3 dan 4 April 2015 yang lalu, Mr Adrian Gan, konsultan yang dilantik oleh International Baccalaureate Organization (IBO) bersama dengan Pn Lailiyah Baharuddin dari Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Cik Miftahuljannah Kamaruddin dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah melawat sekolah kali ke-2 untuk melihat sejauh manakah sekolah telah bersedia untuk menawarkan Program Middle Years pada tahun 2016.
Pengisian Lawatan Konsultan termasuk perjumpaan dengan pihak pengurusan sekolah dan pegawai meja MYP Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, para ibu bapa, sekumpulan pelajar dari Tingkatan 1 dan 2 dan guru-guru Tingkatan 1 dan 2. Mereka juga telah melawat Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni, “subject-based classrooms, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Biologi, Fizik dan Kimia. Kelas Sivik & Kewarganegaraan (Ting.1A) dan kelas B.Inggeris (Ting.2C) juga telah dilihat perjalanan PdP mereka, dimana guru matapelajaran telah menggunakan kaedah inkuiri , kerja kumpulan, pembentangan dan pelbagai sumber pendidikan.
Mr Gan berpuas hati dengan peningkatan pemahaman tentang subject overview, unit planner dan penilaian MYP yang ditunjukkan oleh guru-guru matapelajaran Tingkatan 1 dan 2. Walaupun begitu, pihak sekolah perlu menghantar eviden berkaitan dengan perkara yang disebut kepadanya melalui emel pada hujung bulan April 2015.
Jika laporan lawatan konsultan kali ke-2 ini (dari IBO) mendapat status “kuning” atau “hijau” dalam semua syarat “standards” dan “practices” MYP, maka pihak sekolah bolehlah memohon untuk pihak IBO datang membuat lawatan verifikasi pada bulan September nanti.
Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama warga SMKDSA (termasuk sokongan ibu bapa) dan JPN Perlis dalam menjayakan program ini.