Selamat Datang Pengetua Baru

Selamat datang, warga SMK Dato’ Sheikh Ahmad ucapkan kepada Pengetua baru iaitu En Shaharim Bin Saad. Kami seluruh warga SMKDSA mengalu-alukan kedatangan
En Shaharim Bin Saad yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMKDSA isnin lalu..

“Patah tumbuh Hilang berganti”, begitulah SMKDSA yang baru sahaja ditinggalkan En Abdul Rashid B. Sulaiman yang pindah bertugas di SMK Mata Ayer.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Selamat Datang Pengetua Baru

Kejohanan Sukantara dan Olahraga 2015

Posted in Uncategorized | Comments Off on Kejohanan Sukantara dan Olahraga 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

Posted in Uncategorized | Comments Off on Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015

SELAMAT HARI GURU 2015

GURU5

Posted in Uncategorized | Comments Off on SELAMAT HARI GURU 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kali Ke-41/2015

Posted in Uncategorized | Comments Off on Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kali Ke-41/2015

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Rasmi Dataran Asean Sempena Program Titian Kasih Mega 2015

21 April 2015 – Program Titian Kasih Mega 2015 telah berlangsung di SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Program ini merupakan salah satu program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Sehubungan itu DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin serta DYTM Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah mencemar duli bagi menghadiri program ini. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan rakyat di samping menanam sifat setia rakyat kepada Raja. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan Negara dalam kalangan pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa. Sempena dengan Program Titian Kasih 2015, DYTM Tuanku juga telah merasmikan Dataran ASEAN dan Menara Jam Dato’ Sheikh Ahmad.
photo_2015-04-22_13-26-35

.

Posted in Uncategorized | Comments Off on DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Rasmi Dataran Asean Sempena Program Titian Kasih Mega 2015

SMKDSA Raih Gold Medal di International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX 2015)

Alhamdulilah, SMKDSA berjaya meraih pingat emas di

International engineering invention and innovation exhibition 2015 (i-ENVEX 2015) yang di adakan pada 16-19 April 2015 di UNIMAP Pauh Putra, Perlis baru-baru ini.Doakan for next competition di KLCC on 20th Mei-24th Mei 2015 pula nanti.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Raih Gold Medal di International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX 2015)

LAWATAN VERIFIKASI KONSULTAN IBO KALI KE-2

Pada 3 dan 4 April 2015 yang lalu, Mr Adrian Gan, konsultan yang dilantik oleh International Baccalaureate Organization (IBO) bersama dengan Pn Lailiyah Baharuddin dari Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Cik Miftahuljannah Kamaruddin dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah melawat sekolah kali ke-2 untuk melihat sejauh manakah sekolah telah bersedia untuk menawarkan Program Middle Years pada tahun 2016.

Pengisian Lawatan Konsultan termasuk perjumpaan dengan pihak pengurusan sekolah dan pegawai meja MYP Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, para ibu bapa, sekumpulan pelajar dari Tingkatan 1 dan 2 dan guru-guru Tingkatan 1 dan 2. Mereka juga telah melawat Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni, “subject-based classrooms, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Biologi, Fizik dan Kimia. Kelas Sivik & Kewarganegaraan (Ting.1A) dan kelas B.Inggeris (Ting.2C) juga telah dilihat perjalanan PdP mereka, dimana guru matapelajaran telah menggunakan kaedah inkuiri , kerja kumpulan, pembentangan dan pelbagai sumber pendidikan.

Mr Gan berpuas hati dengan peningkatan pemahaman tentang subject overview, unit planner dan penilaian MYP yang ditunjukkan oleh guru-guru matapelajaran Tingkatan 1 dan 2. Walaupun begitu, pihak sekolah perlu menghantar eviden berkaitan dengan perkara yang disebut kepadanya melalui emel pada hujung bulan April 2015.

Jika laporan lawatan konsultan kali ke-2 ini (dari IBO) mendapat status “kuning” atau “hijau” dalam semua syarat “standards” dan “practices” MYP, maka pihak sekolah bolehlah memohon untuk pihak IBO datang membuat lawatan verifikasi pada bulan September nanti.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen dan kerjasama warga SMKDSA (termasuk sokongan ibu bapa) dan JPN Perlis dalam menjayakan program ini.

Posted in Uncategorized | Comments Off on LAWATAN VERIFIKASI KONSULTAN IBO KALI KE-2

MSSPs: Mohd Afiq Rangkul Pingat Emas Lompat Tinggi

Mohd Afiq Bin Muhd Idris berjaya merangkul pingat Emas dalam acara lompat tinggi lelaki bawah 15 tahun di Kejohanan Olahraga MSSPs yang berlangsung di Stadium Utama Kangar yang bermula pada 30 Mac hingga 2 April 2015 lalu.Sementara itu rakannya Mohd Aidil Afnan berjaya mengondol pingat perak acara 100m lelaki bawah 15 tahun. Amerul Anuar bin Norazman pula berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara 5000m lelaki terbuka.

Posted in Uncategorized | Comments Off on MSSPs: Mohd Afiq Rangkul Pingat Emas Lompat Tinggi

Lawatan Alumni SMKDSA Batch 73-75

Sekumpulan bekas pelajar SMKDSA batch 1973-75 telah melawat sekolah pada 17 Mac 2015 dalam rangka lawatan mereka ke negeri Perlis selepas 40 tahun meninggalakan sekolah. Mereka merupakan kumpulan pelajar luar dari negeri Perlis yang melalui pengajian Tingkatan 6 Sains selama 3 tahun. Pada masa tersebut mereka di tempatkan di beberapa buah asrama di kawasan Arau dan Kangar.

Pihak sekolah telah membuat pembentangan tentang perkembangan sekolah sehingga kini dan mereka berpeluang untuk melawat sekolah. Perasaan nostalgia timbul daripada cerita lama dan melihat beberapa blok yang masih tidak berubah walaupun sudah 40 tahun masa berlalu.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Lawatan Alumni SMKDSA Batch 73-75