Guru Pembina Negara Bangsa
Tarikh 16 mei setiap tahun, pihak Sekolah mengadakan Sambutan Hari Guru dengan penuh meriah bertemakan tahun ini ialah ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Program bermula mengikut jadual hari persekolahan biasa melibatkan penyertaan semua guru dan pelajar seramai 800 orang. Bermula dengan acara perarakan kompang guru masuk ke dalam dewan seterusnya dengan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia diikuti Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh guru2 Penolong Kanan 1 dan PK HEM. dan seterusnya oleh ketua Pelajar dan akhir sekali oleh Tuan Pengetua. Seterusnya bacaan ikrar guru dan Nyanyian Lagu guru Malaysia juga lagu tema guru pembina negara bangsa. Selain itu acara pertandingan bola tampar antara guru dan pelajar dan beberapa acara sukaneka antara guru dan pelajar.
Acara bertukar-tukar hadiah di antara guru juga diadakan melalui cabutan bertuah. Acara ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan guru. Murid-murid juga tidak ketinggalan untuk memberikan hadiah kepada guru-guru sebagai meraikan Sambutan Hari Guru 2017.
Jamuan turut diadakan dengan hidangan yang pelbagai antaranya seperti satay, nasi minyak, roti jala dan pelbagai jenis kek sumbangan dari PIBG dan wakil dari Ahli Parlimen Arau.
Aktiviti yang dipersembahkan membabitkan guru-guru, murid-murid dan kolaborasi guru bersama murid. Sebanyak tujuh acara pentas berjaya disampaikan dengan mesej tersendiri dan menghiburkan seperti pantomen dan nyanyian. Boleh dikatakan sangat meriah, Selamat Hari Guru, Terima Kasih Cikgu.