Pelancaran Program “Jom Ke Sekolah 2017”
6 FEBRUARI 2017. Hari ini dilancarkan program ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat sekolah serentak dengan pelancaran program tersebut di semua sekolah di Malaysia. Perutusan Ketua Polis Negara dibaca oleh wakil PDRM Inspektor Norain Safinah bt Minhat (Pegawai Perhubungan Sekolah) manakala perutusan KPM dibaca oleh Encik Zainodin bin Ahmad wakil dari JPN dan seterusnya merasmikan program tersebut. Turut hadir hari ini ialah YDP PIBG sekolah,Encik Yusof bin Othman.
Ceramah Keselamatan Jalan Raya 2017
Atas rasa tanggungjawab serta keperihatinan terhadap keselamatan pelajar sekolah, maka Unit HEM dengan kerjasama Unit Koko SMKDSA telah mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Perlis untuk menyampaikan ceramah serta mengadakan pameran keselamatan jalan raya kepada pelajar sekolah ini.Selain ceramah yang telah disampaikan oleh Pn Murniliza bt Abdullah dgn Pn Norhayati binti Abdul Hamid , turut diadakan ialah kuiz keselamatan jalan raya kepada seramai lebih kurang 600 orang pelajar SMKDSA.
.Kejohanan Merentas Desa SMKDSA 2017
20 Januari 2017 – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad, Arau telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah diberikan oleh Cikgu Annas Sukhairy Abidin (Setiausaha Sukan) kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Beliau telah menerangkan mengenai peraturan serta laluan merentas desa pada kali ini. Acara ini telah disertai oleh 4 buah rumah sukan iaitu Keledang, Kinabalu, Santubung dan juga Titiwangsa.
Sebelum memulakan acara, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Haizal Yahaya bersama pelajar-pelajarnya. Pertandingan merentas desa ini dijalankan mengikut kategori iaitu :
• Kategori (L1)Lelaki bawah 18 (Tingkatan 4 dan 5)
• Kategori (L2)Lelaki bawah 15 (Tingkatan 1, 2 dan 3)
• Kategori (P1)Perempuan bawah 18 (Tingkatan 4 dan 5)
• Kategori (P2)Perempuan bawah 15 (Tingkatan 1 , 2 dan 3)
Semua peserta telah dilepaskan oleh Encik Shaharim Bin Saad, Pengetua SMKDSA. Kejohanan Merentas Desa kali ini turut dibantu oleh barisan polis trafik IPD Arau yang bertindak sebagai pengawal lalu lintas laluan merentas desa. Johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa tahun 2017 berdasarkan pungutan mata telah dimenangi oleh rumah Santubong. Tahniah!
” Majulah Sukan untuk Negara”
Majlis Pelancaran Program SSMArT (Sekolah Selamat) 2017
9 Januari- Majlis Pelancaran Program SSMarT (Sekolah Selamat) 2017 telah disempurnaan oleh En.Shaharim Saad, Pengetuan SMKDSA sempena perhimpunan rasmi sekolah pagi tadi. Program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan diri semasa mereka berada di kawasan sekolah.
Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2017
Sabtu 31/12/2016- Seramai 116 orang pelajar tingkatan 1 telah mendaftar di SMKDSA untuk sesi pengajian 2017 nanti. Ibu bapa diberikan taklimat tentang pengurusan sekolah, Dual Language Programme dan Middle Years Programme International Baccalaureate. Majlis diserikan dengan kehadiran YDP PIBG, En. Yusof bin Othman dan Ketua Unit Sekolah Menengah, En. Hamidi Md Saad untuk memantau perjalanan majlis.
Majlis Penyerahan Keputusan PT3 2016
Majlis Penyerahan keputusan Rasmi PT3 telah di sempurnakan oleh En Saharim Bin Saad , Pengetua SMKDSA di Dewan Sekolah pada jam 10 pagi. Seramai 142 orang calon yang mengambil PT3 dan hanya 85.91% yg lulus semua. Seramai 8 orang pelajar yang mendapat semua A pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada Semua yang Berjaya.
Majlis Komensmen SMKDSA 2016
Majlis Komensmen SMKDSA 2016 telah disempurnakan oleh YB Dato Hj Hamdan Bin Bahari, Speker Dewan Undangan Negeri Perlis . Majlis penuh gilang gemilang itu telah berjaya diadakan di Putra Regancy Hotel, Kangar baru-baru ini.
Majlis Anugerah Cemerlang Peringkat Dalaman 2016
23 November(Rabu) -Hari Anugerah Cemerlang Peringkat Dalaman telah diadakan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan khasnya kurikulum di samping tidak dilupakan juga bidang-bidang lain.
Majlis ini diadakan secara dalaman yang di sempurnakan oleh YDP PIBG SMKDSA , En Yusuf Othman, tanpa melibatkan jemputan kenamaan. Walau pun begitu, majlis berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak khasnya para guru dalam menjayakannya. Pelajar yang menerima anugerah ini dikira berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2016 dan peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini. Anugerah Panitia Cemerlang juga diberikan kepada penatia yang berjaya menunjukan peningkatan dalam peperiksaan awan 2016.
Bengkel Pemantapan Pendekatan MYP IB 2016
19 November -Satu Bengkel Pemantapan Pendekatan MYP IB 2016 telah di adakan di UNIMAP Pauh Putra,Perlis. Bengkel tersebut melibatkan semua guru SMKDSA. Tahniah