SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Arau, Perlis muncul juara Kuiz Pelaburan PNB 2014 peringkat sekolah menengah yang telah diadakan di PNB Ilham Resort, Port Dickson. SMK Dato’ Sheikh Ahmad menjuarai pertandingan ini dengan mengalahkan cabaran dari SMK Tenghilan, Sabah (tempat kedua) dan SMK Sultanah Asma, Kedah (tempat ketiga) pada pusingan akhir.
Pertandingan yang disertai 16 buah sekolah yang mewakili setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya menyaksikan format baru pertandingan diperkenalkan pada tahun ini. Format kali ini menyaksikan penyertaan sekolah dalam pelbagai jenis segmen. Tiga pasukan yang mengumpul markah tertinggi dari kesemua segmen ini layak ke pusingan akhir yang diadakan secara ‘gameshow’
Kemenangan ini menyaksikan kejuaraan Kuiz Pelaburan PNB peringkat sekolah menengah kekal di tangan sekolah Kelab Pelaburan Bijak PNB selama 7 tahun berturut-turut.
Syabas kepada SMK Dato’ Sheikh Ahmad di atas kejayaan ini.
Syabas juga kepada semua peserta yang menjayakan program pada tahun ini.Kelab Pelaburan Bijak PNB Beritaht
http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140630/pe_03/SMK-Dato?-Sheikh-Ahmad-juara-Kuiz-Pelaburan-PNB-1Malaysia#