MAJLIS HI TEA GURU AKHIR TAHUN 2016 di TH HOTEL

18 November- Majlis Hi Tea atau Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru (BKG) SMKDSA 2016 telah berjaya diadakan di TH Hotel, Alor Setar. Jamuan tersebut bertujuan menghargai sumbagan dan meraikan guru-guru kerana sumbangan yang tidak terhingga pada tahun 2016. Pengerusi PIBG, En Yusof Othman mengucapkan selamat maju jaya kepada guru disamping terus beristiqamah dalam mendidik anak-anak pelajar SMKDSA untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Zahir Hussein dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Safuan Yaacob dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKDSA, En Shaharim Saad. Majlis berjalan lancar dan meriah ini juga dihadiri oleh pasangan dan anak-anak guru SMKDSA serta kakitangan sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan suasana kemeriahan majlis tersebut.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.