Badan Pengawas SMKDSA telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2016 pada 4 September lalu . Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar mulai jam 8.30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Shaharim Bin Saad, Pengetua SMKDSA.Tujuan majlis ini diadakan di lokasi istimewa ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para pengawas. Disamping aktiviti makan ala tradisionalmelayu, majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar dari kalangan pengawasan sekolah sendiri. Di samping itu diadakan juga majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada guru serta pengawas yang hadir.Majlis tersebut bertemakan Tradisional. Juga diadakan berberapa anugerah seperti anugerah kepimpinan dan pengawas berjasa serta juga Anugerah bagi pakaian tradisional terbaik lelaki dan perempuan. .Objektif Majlis ini diadakan adalah untuk , 1Menghargai jasa guru dan Pengawas Sekolah yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga dan fikiran kepada Sekolah..2Mengiktiraf pengawas yang cemerlang dari segi sikap bertanggungjawab,kerajinan dan kepekaan terhadap tugas..3Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan bertanggungjawab..4Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar .5Melepaskan tekanan, merehatkan minda serta badan untuk menghadapi peperiksaan pada hujung tahun nanti.
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SMKDSA 2016 BERTEMAKAN TRADISIONAL
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.