Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dan Bulan Kemanusiaan 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 24.8.2015, Isnin jam 8.00 pagi di Dewan Dato Wan Ahmad, SMKDSA. Majlis dimula dengan Bacaan Doa dan nyanyian lagu Negaraku. Selepas itu, majlis disambungkan dengan Pembacaan Perutusan, Ucapan Perasmian oleh Tuan Pengetua SMKDSA En Shaharim bin Saad serta gimik perasmian selain itu persembahan pelajar seperti koir dan deklamasi sajak. Nyayian lagu patriotik beramai-ramai dan laungan MEREDEKA oleh semua pelajar.
Kami Warga SMKDSA mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 58. Hargai kehidupan kita yang merdeka. Marilah sama-sama kita merdekakan diri, minda dan akal fikiran tak kira apa jua agama, bangsa, budaya ataupun warna kulit. Semoga kita semua dapat menghayati makna kemerdekaan yang sebenar.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah dan Bulan Kemanusiaan 2015
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.