MAJLIS HI TEA GURU AKHIR TAHUN 2016 di TH HOTEL

18 November- Majlis Hi Tea atau Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru (BKG) SMKDSA 2016 telah berjaya diadakan di TH Hotel, Alor Setar. Jamuan tersebut bertujuan menghargai sumbagan dan meraikan guru-guru kerana sumbangan yang tidak terhingga pada tahun 2016. Pengerusi PIBG, En Yusof Othman mengucapkan selamat maju jaya kepada guru disamping terus beristiqamah dalam mendidik anak-anak pelajar SMKDSA untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Zahir Hussein dengan bacaan doa oleh Yang Berbahagia Ustaz Safuan Yaacob dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKDSA, En Shaharim Saad. Majlis berjalan lancar dan meriah ini juga dihadiri oleh pasangan dan anak-anak guru SMKDSA serta kakitangan sekolah. Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan suasana kemeriahan majlis tersebut.

Posted in Uncategorized | Comments Off on MAJLIS HI TEA GURU AKHIR TAHUN 2016 di TH HOTEL

SMKDSA Menang 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa di Kejohanan Taekwando Remaja Tertutup 2016


SMKDSA berjaya mendapat 1pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa di Kejohanan Taekwondo Remaja Tertutup .Kejohanan itu berlangsung pada 19 Nov lalu di DEWAN RAKAN SUKAN, KOMPLEKS SUKAN TUANKU SYED PUTRA, KANGAR, PERLIS.Pelajar yang terlibat ialah HAIKAL BIN AZHAR ,ARINNA KITTIYAPHA A/P EH RIN, WAN NUR ALIAA BT. WAN ABD RIZAL,AFIQAH BT. HASLIMI dan AUNI ‘ATIYAH BT. AHMAD ZAILAINI.Kategori yang disertai ialah FIN WEIGHT dan BANTAM WEIGHT.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa di Kejohanan Taekwando Remaja Tertutup 2016

BENGKEL PEMANTAPAN POLISI MYP IB SMK DATO’ SHEIKH AHMAD 2016

BENGKEL PEMANTAPAN POLISI MYP IB SMK DATO’ SHEIKH AHMAD 2016 telah di adakan pada hari sabtu lepas 12 NOVEMBER 2016. Bengkel itu bermula pukul 8.00 PG – 4.30 PTG. Bengkel kali ini telah diadakan di KAMPUS INDUK UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS, Ulu Pauh.Bengkel kali ini menampakkan kerjasama dan kesungguhan yang tinggi dari para guru untuk memastikan tahun 2017 SMKDSA mencapai sekolah bertaraf antarabangsa.

Posted in Uncategorized | Comments Off on BENGKEL PEMANTAPAN POLISI MYP IB SMK DATO’ SHEIKH AHMAD 2016

Majlis Solat Hajat SPM & STPM Bersama Ahli Kariah Masjid Muhammadiah Kg.Guar Gajah Arau

2 Nov 2016: Majlis Solat Hajat SPM & STPM Bersama Ahli Kariah Masjid Muhammadiah Kg.Guar Gajah, Arau telah diadakan. Tuan Imam dalam ucapannya sangat megalu-alukan program seperti ini diadakan. Turut hadir di majlis itu ialah En Shaharim Saad,Pengetua SMKDSA dan PIBG serta waris calon SPM dan STPM 2016.

.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Majlis Solat Hajat SPM & STPM Bersama Ahli Kariah Masjid Muhammadiah Kg.Guar Gajah Arau

SMKDSA Menang pingat emas ( anugerah khas ) bagi pertandingan inovasi- Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium 2016

SMKDSA menjadi pemenang pingat emas ( anugerah khas)bagi pertandingan inovasi- perlis engineering research learning & innovation symposium Perlis 2.0 di unimap kampus Pauh pada 20/10/2016 lalu. Majlis disempurnakan oleh DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Muda Perlis. Pelajar Yang terlibat dalam menjayakan Perlis 2.0 ialah,Haikal bin Azhar – 3G , Murirfan bin Norhaizam Shabadi 3G dan Muhammad Akif bin Jamal 3j. Mereka akan mewakili UNIMAP, Perlis dan Malaysia ke Taiwan nanti.

.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Menang pingat emas ( anugerah khas ) bagi pertandingan inovasi- Perlis Engineering Research Learning & Innovation Symposium 2016

Majlis Penyerahan Keputusan Percubaan SPM 2016

Majlis Penyerahan Keputusan Percubaan SPM 2016 telah di adakan pada 21 Oktober lalu di Dewan Dato Wan Ahmad, SMKDSA. Majlis tersebut disempurnakan oleh Encik Shaharim Saad , Pengetua SMKDSA. Beliau juga menyampaikan sijil kepada pelajar yang mendapat keputusan tebaik. Selepas itu para waris pula dapat bertemu dengan guru Mata pelajaran untuk berbincang masalah pelajaran anank-anak mereka. Majlis tamat pada jam 12.10 tengahari.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Majlis Penyerahan Keputusan Percubaan SPM 2016

Hari Sukan Negara 2016 SMKDSA Meriah

8 Oktober 2016 -Sambutan Hari Sukan Negara 2016 peringkat SMKDSA telah dirasmikan oleh Encik Shaharim Saad, Pengetua SMKDSA. Program ini anggapnya sangat meriah kerana telah melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga 6. Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara tahun ini diisikan dengan acara Senamrobik, Pertandingan sukan lasak dan Pameran Kesihatan oleh pelajar tingkatan 1 dan 2.

Posted in Uncategorized | Comments Off on Hari Sukan Negara 2016 SMKDSA Meriah

MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PT3,PERINGKAT SMKDSA

Pada 5 Oktober lalu, telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan PT3, . Program tersebut menghimpunkan ibu bapa / waris pelajar, guru-guru dan calon-calon peperiksaan PT3 2016 untuk menunaikan solat secara berjemaah dan mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Antara objektif program ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan waris pelajar. Selain itu, program ini dapat memupuk sifat kasih sayang ibu bapa, para guru kepada anak-anak pelajar supaya dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat itu telah diketuai oleh Ustaz Ismail Romli alHafiz dari Sekolah Rendah Islam 1, Kangar.

Posted in Uncategorized | Comments Off on MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PT3,PERINGKAT SMKDSA

SMKDSA Johan Explorace dan Tempat Ke-3 Koir di Karnival Program Pelancongan Pelajar K3P Neger Perlis

SMKDSA telah muncul Johan dalam Explorace dan mendapat tempat ke 3 untuk Koir sempena Karnival Pelancogan Pelajar K3P yang diadakan pad 29 dan 30 September 2016 yang lalu. Sebanyak 18 buah sekolah menengah dari seluruh Negeri Perlis terlibat. Pertandingan Explorace telah di adakan di Gua Kelam, Kaki Bukit dan pertandingan Koir pula di adakan di Dewan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri PERLIS, Kangar. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Ani b Abdullah dan En Azran wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Posted in Uncategorized | Comments Off on SMKDSA Johan Explorace dan Tempat Ke-3 Koir di Karnival Program Pelancongan Pelajar K3P Neger Perlis

Perkampungan Ilmu & Bengkel SPM di Hotel Seaview

Posted in Uncategorized | Comments Off on Perkampungan Ilmu & Bengkel SPM di Hotel Seaview