Badan Pengawas SMKDSA telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2016 pada 4 September lalu . Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar mulai jam 8.30 malam. Majlis ini telah dirasmikan oleh En Shaharim Bin Saad, Pengetua SMKDSA.Tujuan majlis ini diadakan di lokasi istimewa ini ialah untuk memberi penghargaan kepada para pengawas. Disamping aktiviti makan ala tradisionalmelayu, majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar dari kalangan pengawasan sekolah sendiri. Di samping itu diadakan juga majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada guru serta pengawas yang hadir.Majlis tersebut bertemakan Tradisional. Juga diadakan berberapa anugerah seperti anugerah kepimpinan dan pengawas berjasa serta juga Anugerah bagi pakaian tradisional terbaik lelaki dan perempuan. .Objektif Majlis ini diadakan adalah untuk , 1Menghargai jasa guru dan Pengawas Sekolah yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga dan fikiran kepada Sekolah..2Mengiktiraf pengawas yang cemerlang dari segi sikap bertanggungjawab,kerajinan dan kepekaan terhadap tugas..3Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan bertanggungjawab..4Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar .5Melepaskan tekanan, merehatkan minda serta badan untuk menghadapi peperiksaan pada hujung tahun nanti.
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS SMKDSA 2016 BERTEMAKAN TRADISIONAL
SMKDSA Muncul Johan Bola Tampar Perempuan Sempena Karnival Kokurikulum Tingkatan 6
SMKDSA Muncul Johan Bola Tampar Perempuan Sempena Karnival Kokurikulum Tingkatan 6 baru-baru ini. Kita sertai dalam acara futsal ( 2 team), bola jaring, bola tampar ( 1 team lelaki & 1 team perempuan), dan badminton. Pasukan bola tampar perempuan menjadi johan Peringkat Negeri. Karnival ini diadakan sempena sambutan Kemerdekaan ke 59 di IPG Kangar.
Program Khas Bicara Merdeka
Program Khas Bicara Merdeka sempena sambutan Kemerdekaan ke 59 telah di adakan di dewan sekolah. Majlis tersebut diadakan pada 24 Ogos mulai pkl 12 hingga jam 2 petang. Penceramah program itu ialah Prof Madya Dr Hj Huzili Hj Hussin, Dekan IKOM, dari UNIMAP Perlis.
Majlis Pelancaran Skuad Denggi Patrol dan Ceramah Denggi 2016
Explorace & Ceramah Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan & Kemanusiaan 2016
Explorace sempena sambutan bulan kemerdekaan & bulan kemanusiaan peringkat sekolah.
Pelajar yg terlibat. Tingkatan 1,2 & 4 Seramai 80 orang. Pelajar dibahagikan kpd 10 kumpulan, 8 org setiap kumpulan perlu melepasi 10 check point. Setiap check point ada tugasan yg perlu diselesaikan Seperti melengkapkan lirik & menyanyi lagu patriotik, melakar peta malaysia, mencantum gambar tokoh & padankan ibu negara dan negara.
Sementara di dalam Dewan Dato Wan Ahmad pula berlangsung Ceramah Khas Kemerdekaan oleh Ust Lutfi Amir bin Saiadin (Pengurus Perlatihan Hidayah Taqwa Resources). Beliau menyampaikan ceramah bertajuk “Konsep Kemerdekaan Menurut Syaria’t”
Lawatan Penanda Aras MYP IB/SMKDSA ke SMK Putrajaya Presint 9(2) & IGB INTERNATIONAL SCHOOL, Sg Buluh.
Satu Lawatan Penanda Aras MYP IB ke SMK Putrajaya Presint 9(2) dan Lawatan ke IGB INTERNATIONAL SCHOOL, SG BULOH, SELANGAOR telah dilakukan oleh seramai 27 orang guru-guru SMKDSA pada 12.8.2016 .Rombongan itu juga turut disertai oleh seorang pegawai dari JPN, EN. ABD AZIZ MUSTAFFA, pegawai meja IB dan beliau menyifatkan lawatan ini amat bermakna sekali dan sangat berjaya.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan 2016
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kemanusiaan 2016 telah di rasmikan oleh Tuan Pengetua, En Saharim Saad pada hari isnin lepas. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk
1. Memupuk sikap patriotisme dan sayang akan Negara di kalangan pelajar
2. Membina keyakinan diri dalam diri pelajar.
3. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat dalam kehidupan seharian.
4. Memupuk persaingan sihat di kalangan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan.
5. Mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.