Program Pemuafakatan Waris bersama Warga SMKDSA
Hari Pertama Persekolahan 2019
Hari pertama persekolahan sesi 2019. SMKDSA dihadiri oleh Puan Saripah binti Aton- Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan Puan Rohana binti Jahak- Pegawai Ikhtisas JPN Perlis pemantau JPN dan 2 Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Inspektor Nurain Safinah binti Minhat dan Insp Mohd Hasbullah bin Mokthar, dari IPD ARAU, . Pn Saripah sebagai Pegawai Pemantau Hari Pertama Persekolahan 2019 diberi peluang membaca perutusan Pengarah JPN Perlis. Alhamdulillah perhimpunan pagi dan aktiviti PDPc berjalan lancar.
Jamuan Akhir Tahun BKG SMKDSA 2018
Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Kebajikan Guru SMKDSA telah berjaya berlangsung pada 16 Nov lalu di Menara Alor Setar. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua PIBG SMKDSA En Shai’dan bin Nordin. Tujuan majlis ini diadakan bukan sahaja untuk majlis makan-makan malah juga menjadi medan terakhir bagi para guru untuk beramah mesra demi mengeratkan silaturahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dalam pelbagai aktiiti yang dianjurkan sepanjang tahun ini. Selain jamuan yang beranika rasa dan sangat enak juga di adakan cabutan nombor bertuah dan teka kacang juga hadiah kepada guru yang paling setia (tanpa MC dan CRK). Tahniah kepada semua guru SMKDSA 2018. Anda semua memang TERBAIK.
Majlis Komensmen 2018
Hari Sukan Negara 2018
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Di peringkat SMKDSA HSN telah diadakan pada 13 Oktober 2018. Tahniah semua
Cikgu Loo Lian Chai Kini Sudah Bersara
Nama Cikgu Loo Lian Chai sangat sinonim buat warga SMKDSA dan mata pelajaran Matematik Tambahan. Beliau
Dilahirkan pada 9 Okt. 1958 di Padang Pauh, Perlis.Mula bertugas pada tahun 1981 di SMK Tengku Suleiman Perlis hingga 1985. Pada tahun1985-1989 beliau menyambung belajar di Universiti Malaya KL. 1989 – bertugas di SM Vokasional Melaka Tengah. dan pada tahun 1990-2018 – bertugas di SMKDSA. Selamat Bersara Cg Loo.
2 PINGAT EMAS DI INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS AWARD (IYIA) 2018, BALI, INDONESIA
2 pingat Emas di THE 5TH INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS AWARD (IYIA) 2018 BALI INDONESIA.
Kedua-dua pasukan sekolah kita telah mendapat pingat emas bagi produk EM-Converter dan NT-SEP.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak pentadbir,rakan2 guru diatas sokongan dan berkat doa daripada semua.
Peserta yang terlibat ialah Muhammad Qais Naufal Bin Muhammad Faisal,Muhammad Akmal Bin Muhammad Noor,Muhammad Zahwan Bin Zahuren,Haikal Bin Azhar,
Muhammad Iffat Asyraaf Bin Arizan,Nurirfan Bin Nor Khaizam Shabadi,
Muhammad Afnan Nazmy Bin Hailmy, Nur Farah Adilla Binti Jaafar, Nur Anis Shahira Binti Mohd Shukri,Nurul Aini Atikah Binti Zulhaimi dan guru pengiring ialah En Mohd Faizal Zainul dan Pn Idza Zulzila Idris.Tahniah semua
Selamat Bersara Pn Hjh Norazah bt Hassan.
Beliau mula berkhidmat di SMKDSA pada tahun 2003 sehingga bersara pada tahun 2018. Jawatan terakhir Pn Hjh Norazah bt Hassan ialah Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
Selamat Bersara Pn Hjh Norazah bt Hassan.
Program Perkampungan Ilmu SPM 2018
Program Perkampungan Ilmu SPM telah berlangsung dari 9-11 ogos 2018 bertempat di Hotel Putra Brasmana,Kuala Perlis. Program tersebut melibatkan seramai 126 pelajar tingkatan 5 dan pelajar2 telah didedahkan dengan teknik2 menjawab kertas peperiksaan bagi semua subjek Objektif sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan percubaan spm yang akan berlangsung mulai 13 ogos 2018. Tahniah semoga berjaya.








































































