Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat SMKDSA

21 Jun: Sekitar majlis sambutan hari raya yang berlangsung sangat meriah. Program yang dibuat ini mampu memupuk silaturahim dan mengeratkan perpaduan adalah tema utama yang cuba diterapkan dalm program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahamad bagi tahun ini. Seperti lazimnya sambutan Hari Raya sememangnya ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SMKDSA yang seakan-akan tak sabar-sabar untuk bersama berkongsi rasa ria dan menzahirkan kesyukuran. Keriangan dan wajah-wajah penuh ceria jelas kelihatan menerusi pelbagai gelagat lucu antara mereka, apatah lagi dengan masing-masing berpakaian baju Melayu dan baju Kurung berwarna-warni. Ini menampakkan suatu keadaan yang sangat positif dalam menyuburkan sikap perpaduan antara kaum dan situasi seperti ini wajiblah dikekalkan kerana perpaduan adalah teras dan nadi kepada pembinaan Negara untuk membina sebuah Negara yang maju cemerlang dalam segenap segi kehidupan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan kali ini. Syabas.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.