Ucapan Tahniah Untuk Calon STPM & SPM 2014

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM & SPM tahun 2014 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dan SPM yang diumumkan pada 2 dan 3 Mac 2015 baru-baru ini.
Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.
Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.
Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan anda kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan anda menjadi kenyataan pada hari ini. Pelajar Tham Chu Meng telah mendapat 4A dalam STPM dan merupakan salah seorang pelajar cemerlang di Negeri Perlis. Manakala di peringkat SPM seramai 4 orang pelajar mendapat semua ‘A’, mereka adalah ANIS NAJHAN BINTI MD JAMIL 9A, MUHAMMAD IKMAL HAFIZ BIN ROSLAN 9A, SAW SHEN CHUEN 10A dan ABU MUSA BIN AHMAD MAZUKI 9A. Tahniah semua.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.