Program Kenegaraan ini merupakan salah satu hasrat DYMM Tuanku Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis yang dilaksanakan di sekolah berasrama yang terpilih. Pelajar perlu disemaikan semangat patriotisme yang mendalam untuk mengekal pembangunan dan perpaduan negara. Pendedahan awal kepada pelajar semangat patriotisme melalui beberapa kaedah, strategi, cara,dan teknik mampu untuk mewujudkan pelajar yang bertanggungjawab,cintakan tanah air dan memiliki jatidiri serta sahsiah yang unggul. Aktiviti dalam projek kali ini merupakan sebahagian model yang dapat membantu menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar khasnya dan sekolah amnya. Langkah proaktif dan drastik perlu diimplementasikan.
Penceramah yang sudi menyampaikan ceramah pada hari itu ialah Mej Muhammad Tajuki bin Jusoh dan Mej Azlifaisal bin Anuar. Program ini juga anjuran bersama Institut Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia. Turut hadir di majlis tersebuat ialah Brigedier Jeneral Dr A Endry Nixon, Komandan INSPEKA , Prof Madya Dr Yusniza bt.Kamarulzaman, Timb dekan fakulti perniagaan dan perakaunan .Universiti Malaya, Encik Shaharim Saad , Pengetua SMKDSA dan guru-guru SMKDSA.