Pada 13 April -15 April 2018 iaitu hari Jumaat sehingga Ahad yang lepas telah berlangsung The International Engineering Invention Innovation Exhibition atau lebih dikenali sebagai I-Envex 2018 bertempat di Kampus Utama Unimap Ulu Pauh, Perlis. Seramai 3 pasukan yang terdiri daripada 13 orang pelajar SMKDSA telah menyertai pertandingan ini dan ketiga-tiga pasukan telah berjaya merangkul pingat gangsa, perak dan emas dengan produk mereka yang berasaskan Teknologi Hijau seiring dengan tema Bulan Sains dan Matematik iaitu “Exploring and Sustaining the green technology”.
Bagi Pingat Gangsa dimenangi oleh produk Fysikos Tissue yang dihasilkan oleh Muhammad afnan Nazmy Bin Hailmy 5 Sains 1,Ammar Zafran Bin Shahabudin 5 Sains 2, Muhammad Asrul Amri Bin Isa 5 Akaun 1,Nur Anis Shahira Binti Mohd Shukri 5 Sains 1
Pemenang Bagi pingat Perak pula ialah produk natural antiseptic yang dihasilkan oleh
Muhammad Qais Naufal Bin Muhammad Faisal 2 Bestari, Muhammad Akmal Bin Mohammad Noor 2 Dedikasi, Aniq Naim Bin Aziz 2 Jujur, Muhammad Danial Shafiq Bin Azami 2 Bestari
Pemenang bagi pingat emas ialah produk EM-Converter yang dihasilkan oleh Haikal Bin Azhar 5 Sains 1,Muhammad Iffat Asyraaf Bin Arizan 5 Sains 1, Nurirfan Bin Nur Khaizam Shabadi 5 Sains 1, Nur Farah Adilla Binti Jaafar 5 Sains 2
Yang terakhir ialah anugerah “WIIPA Innovative Teacher Award” yang diberikan oleh persatuan inovasi dunia iaitu “ World Innovation Intellectual Property Associations dan Malaysian Research & innovation Society iaitu MYRIS bagi mengiktiraf guru, iaitu Encik Mohd Faizal bin Zainul melalui pencapaian beliau iaitu sebanyak 26 anugerah dengan 14 pingat emas, 7 perak, 2 gangsa dan 3 best awards di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa. Tahniah diucapkan.