DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Rasmi Dataran Asean Sempena Program Titian Kasih Mega 2015

21 April 2015 – Program Titian Kasih Mega 2015 telah berlangsung di SMK Dato’ Sheikh Ahmad. Program ini merupakan salah satu program anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Sehubungan itu DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin serta DYTM Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah mencemar duli bagi menghadiri program ini. Program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra antara Raja dan rakyat di samping menanam sifat setia rakyat kepada Raja. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cinta akan Negara dalam kalangan pelajar serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa. Sempena dengan Program Titian Kasih 2015, DYTM Tuanku juga telah merasmikan Dataran ASEAN dan Menara Jam Dato’ Sheikh Ahmad.
photo_2015-04-22_13-26-35

.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.